close button

Category: Infografik

[INFOGRAFIK] Kemenangan Obama dan Kesan Terhadap Polisi USA

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Ramai sudah maklum tentang kemenangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terhadap pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney 9 November lalu. Obama, 51, yang merupakan penduduk kulit hitam pertama menjadi presiden pada 2008 memenangi dengan mudah 303 undi pemilih berbanding Romney, 65, yang memperoleh 206 undi.

Teruskan Membaca....

[INFOGRAFIK] 18% Remaja Tidak Mampu Berkomunikasi Tanpa Media Sosial?

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Menurut AWeber dalam kajian yang dijalankan mereka baru-baru ini, 18% remaja di Amerika Syarikat akan berhenti berhubungan sesama sendiri sekiranya semua media sosial ditutup. Menurut kajian tersebut, 90% responden mempunyai Facebook dan 93% menggunakan telefon mudah alih, jumlah yang sama menggunakan emel. Selain itu, 74% remaja adalah pengguna YouTube dan 47% pengguna Skype.

Teruskan Membaca....

Kenapa Tsunami Tidak Berlaku?

{2 Comments}

Assalamualaikum wbt. Kelmarin (11 April 2012), gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu Malaysia. Saiz gempa yang hampir menyamai gempa dalam Tragedi Acheh 2004 mencetuskan suasana panik seketika apabila 27 buah negara mengeluarkan amaran Tsunami.

Teruskan Membaca....

[INFOGRAFIK] Media Sosial dalam Pilihan Raya 2012

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Kehangatan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang ke-57 kian terasa. Pilihan raya kali ini akan berlangsung pada 6 November 2012. Ini merupakan penggal kedua dan penggal terakhir buat Presiden Barack Obama sekiranya beliau menang. Setakat ini, hanya bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dari parti Republikan dilihat mampu memberi cabaran yang hebat kepada Barack Obama. Hal ini berdasarkan kejayaan beliau meraih dana yang besar untuk kempen beliau berbanding calon-calon lain.

Teruskan Membaca....

[INFOGRAFIK] Memahami Ribut Solar

{1 Comment}

Assalamualaikum wbt. Baru-baru ini kita digemparkan tentang Ribut Solar yang telah melanda bumi hasil daripada aktiviti Matahari. Ia dikatakan Ribut Solar paling teruk sejak 6 tahun lalu. Walau bagaimanapun, Ribut Solar yang melanda bumi kali ini hanya berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk). Pelbagai tafsiran dibuat tentang fenomena ini. Ditambah pula dengan kejadian bunyi-bunyian aneh dari langit yang berlaku hampir di seluruh dunia termasuk di Samarahan, Sarawak, bertambahlah bisik-bisik masyarakat kita.

Teruskan Membaca....

[INFOGRAFIK] Apakah Jurusan Terbaik yang Anda Harus Pilih?

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, mohon maaf kerana sudah lama meninggalkan blog ini tanpa khabar berita. Di bulan-bulan terakhir selaku mahasiswa ini, sememangnya terlalu banyak perkara lain yang perlu diutamakan demi menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, petang tadi berakhirlah sesi pembentangan projek tahun akhir yang sedikit mengkucar-kacirkan hidup sejak akhir-akhir ini. Bagi post kali ini, saya sekadar ingin berkongsi satu infografik menarik tentang pilihan jurusan sarjana muda yang popular masa kini. Hal ini disebabkan inbox saya sejak akhir-akhir ini banyak dihujani tentang persoalan-persoalan berkaitan terutamanya daripada adik-adik lepasan SPM. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Teruskan Membaca....

[INFOGRAFIK] Occupy: Fenomena Terkini Dunia

{4 Comments}

Assalamualaikum wbt. Occupy Wall Street (OWS) adalah satu siri demonstrasi di New York City yang dicetuskan oleh kumpulan aktivis Adbusters dari Kanada. bermula pada 17 September 2011. Matlamat utama mereka adalah untuk membantah ketidakadilan sosial dan ekonomi, ketamakan golongan korporat, rasuah dan pengaruh ‘asing’ dalam kerajaan. Usaha mereka mendapat perhatian umum apabila dalam bulan pertama sahaja, demonstrasi yang sama telah diadakan dilebih 70 bandar-bandar utama dan lebih 600 komuniti di Amerika Syarikat.

Teruskan Membaca....

Switch to our mobile site