close button

[INFOGRAFIK] Media Sosial dalam Pilihan Raya 2012

{0 Comments}

social media2 [INFOGRAFIK] Media Sosial dalam Pilihan Raya 2012

Assalamualaikum wbt.

Kehangatan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang ke-57 kian terasa. Pilihan raya kali ini akan berlangsung pada 6 November 2012. Ini merupakan penggal kedua dan penggal terakhir buat Presiden Barack Obama sekiranya beliau menang. Setakat ini, hanya bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dari parti Republikan dilihat mampu memberi cabaran yang hebat kepada Barack Obama. Hal ini berdasarkan kejayaan beliau meraih dana yang besar untuk kempen beliau berbanding calon-calon lain.

Kemajuan teknologi komunikasi hari ini memungkinkan corak kempen pilihan raya berubah secara drastik. Apatah lagi dengan kemunculan trend media sosial. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, Kira-kira 82% daripada orang dewasa akan menerima maklumat pilihan raya secara online. 62% pula mengharapkan calon-calon yang bertanding menyertai mereka dalam media sosial.

Di Malaysia pula, sebanyak 92% rakyatnya mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah. Jelas, Malaysia mempunyai peratusan pengikut setia media baru lebih tinggi yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana berbanding Amerika Syarikat. Dick Costolo, CEO Twitter, dalam satu sidang media berkata:

“I really think 2012 is going to be the Twitter Election,”

Apakah trend yang sama bakal berlaku di Malaysia? Bukti-bukti di atas merupakan petunjuk yang kuat bahawa kenyataan Dick Costolo itu ada kebenarannya. Ikuti infografik berkenaan peningkatan penggunaan media sosial dalam politik dan kesan-kesanya yang dibawakan oleh MDG Advertising.

social campaign infographic.jpg [INFOGRAFIK] Media Sosial dalam Pilihan Raya 2012

 [INFOGRAFIK] Media Sosial dalam Pilihan Raya 2012

Post By FarisMuhandisu (284 Posts)

A Muslim but definitely not a terrorist. A staunch Palestine supporter and strongly believe Israel should never exist on earth. Largely interested in Science & Technology, Religions and Social Media. Graduate of Chemical Engineering from Universiti Teknologi PETRONAS. Engineer by career.

Website: →

Connect

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

0 Comments…

 Share your views

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*

CommentLuv badge

{ 1 Trackback }

  1. Laman Portal Rasmi PRU13 Dilancarkan | AL-MUHANDISU.COM (Pingback)

Switch to our mobile site