close button

Israel Tidak Layak Diiktiraf Langsung

{2 Comments}

pal twostate Israel Tidak Layak Diiktiraf Langsung

Asalamualaikum wbt.

Israel terbina di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas semenjak tahun 1948 di atas restu England, Amerika Syarikat dan PBB. Ia terbentuk atas dasar pengkhianatan janji dan pertumpahan darah. Tragedi ini bermula dengan perancangan yang begitu rapi sejak berkurun lamanya hinggalah tercetusnya beberapa siri pembunuhan yang diketuai oleh Menachem Begin, yang dikenali sebagai Peristiwa Deir Yassin, sehinggalah tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948.

Maka selaku umat Islam, adalah tidak masuk akal untuk kita mengiktiraf Israel, apatah lagi menyokong usaha melindunginya. Malah, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dengan jelas menyatakan bahawa serangan untuk memusnahkan Israel itu adalah jihad dalam satu wawancara pada 14 September 2002, dalam akhbar al-Syarq al-Qatariyyah. Israel adalah sebuah negara haram yang tidak seharusnya wujud dan perlu dimusnahkan untuk mengembalikan hak rakyat Palestin yang dirampas secara kejam.

Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia dalam Perhimpunan Agung PBB tahun lepas pernah menyatakan:

“Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties”

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pula dalam satu temuramah dengan Wall Street Journal menyatakan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Kedua-dua kenyataan tersebut sebenarnya berdiri atas premis yang sama iaitu menyokong two-state solution yang ditawarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat dengan syarat, keselamatan Palestin dan Israel terjamin. Maka jelas, isu yang timbul sejak kebelakangan ini sebenarnya terlalu dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Walaupun Hamas, melalui Timbalan Menteri Luarnya, Ghazi Hamad menyatakan mereka bersetuju dengan cadangan tersebut termasuk sempadan 1967, mereka tidak pernah bersetuju untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Ada bezanya antara gencatan senjata dan perjanjian damai.

Strategi ini dapat dibaca oleh para pelobi Zionis. Sebagai contoh, Mitt Romney, Calon Presiden daripada Republikan dengan jelas menyatakan:

“Palestinians don’t want two-state solution, they want to eliminate Israel.” (Sumber: Haaretz)

Justeru, diharapkan kedua-dua belah pihak dapat mengubah kembali pendirian masing-masing terhadap isu Palestin ini. Palestin merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. DSAI perlu mengadakan perbincangan dengan duta Palestin, ulama’-ulama’ serta wakil gerakan-gerakan Islam untuk mendapatkan pendirian yang lebih jitu dalam isu ini. Jangan terikut-ikut dengan pandangan PBB mahupun pemimpin Arab yang kebanyakannya di bawah telunjuk Zionis. Kita semua perlu sedar bahawa proses keamanan yang sedang berlangsung sekarang adalah berdasarkan konsep Zionist Supremacy iaitu:

‘we will have peace in return that you be quiet and live under our rule, our policies and our boots, and agree to our demands – which includes your inevitable exile’

Sebagai Muslim, kita ada jati diri tersendiri bersandarkan hujah Al-Quran dan As-Sunnah.

 Israel Tidak Layak Diiktiraf Langsung

Post By FarisMuhandisu (284 Posts)

A Muslim but definitely not a terrorist. A staunch Palestine supporter and strongly believe Israel should never exist on earth. Largely interested in Science & Technology, Religions and Social Media. Graduate of Chemical Engineering from Universiti Teknologi PETRONAS. Engineer by career.

Website: →

Connect

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Comments…

 Share your views
  1. akibat terlebih kata dari ilmu didada.. :)
    Jebeng Otai recently posted..Keadilan Sejagat

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*

CommentLuv badge

Switch to our mobile site