close button

Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan

{145 Comments}

DSC01066 blog 225x300 Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan
Pilot Distillation Plant

Assalamualaikum wbt.

Saya tidak pasti sama ada calon-calon SPM 2010 sudah menamatkan ujian getir tersebut atau belum. Tetapi saya rasa ketika ini adalah waktu yang terbaik untuk berkongsi pengalaman serba sedikit tentang Jurusan Kejuruteraan Kimia. Cukuplah kiranya saya menceritakan sedikit gambaran tentang jurusan ini, tidak secara detail.

Saya memohon biasiswa MARA untuk masuk ke Universiti Teknologi PETRONAS menggunakan keputusan Percubaan SPM. Temuduga diadakan sehari selepas kertas SPM terakhir tamat dan saya nekad memohon jurusan Kejuruteraan Kimia sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, beberapa minggu kemudian, surat tawaran kemasukan ke UTP diterima. Akhirnya saya bersama hampir 500 lagi pelajar memulakan sesi pembelajaran pertama di UTP tatkala ramai lagi kawan-kawan lepasan SPM masih menunggu-nunggu dan tercari-cari hala tuju masa depan mereka.

Lebih kurang 3 bulan kemudian, keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah, mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Biasalah mentaliti orang Malaysia, bila keputusan cemerlang, pasti ditanyakan negara mana yang menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Seolah-olah Malaysia langsung tidak mempunyai universiti bunyinya. Bila saya memilih untuk menolak satu tawaran melanjutkan pelajaran ke Kanada dalam bidang yang sama dan meneruskannya di UTP, ramai saudara-mara dan kawan-kawan terkejut. Ada juga kawan-kawan (kawan ke?) yang menuduh saya pengecut. Kelakar. haha. Peduli apa dengan semua tu? My life, my choice. Pastinya saya mempunyai sebab tersendiri. Anda pula buatlah keputusan terbaik mengikut keadaan masing-masing.

DSC00120 blog 300x225 Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan
Bersama Shahwal di MPH

Apakah Kejuruteraan Kimia?

Kembali kepada perbincangan asal. Secara asasnya, Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau menghasilkan nilai tambah (value add) sesuatu bahan. Ia melibatkan pelbagai disiplin ilmu terutamanya Fizik, Kimia dan Matematik. Jadi, mereka yang berminat harus mempunyai penguasaan mendalam dalam Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

Selalunya, ramai yang memilih bidang kejuruteraan kerana mendapat gred ‘B’ dalam Biologi atau ikut kawan. Bagi saya itu satu pilihan yang kurang bijak kerana kita pasti mudah menyesal dan berhenti separuh jalan andai tidak mampu. Pilih ikut kemampuan dan kecenderungan masing-masing dan minta juga pendapat orang lain terutamanya ibu bapa. Kemudian, beristikharahlah.

Kesilapan utama yang biasa dibuat oleh pelajar yang ingin mengambil Kejuruteraan Kimia ialah menganggap Kimia sebagai subjek terpenting dalam jurusan ini. Justeru, ramai yang tidak menyangka bahawa dalam jurusan ini ada subjek seperti Structured Programming, Statistic, Engineering Economics, Health, Safety and Environment (HSE), dan lain-lain. Jangan salah faham dengan nama. Pengalaman saya dan kawan-kawan, ilmu Kimia hanya disentuh secara asas ketika tahun asas (Foundation) dan tahun pertama. Hampir 90% isi kandungan jurusan ini berkisar tentang conservation of mass dan conservation of energy.

Nak kata susah, memang susahlah. Ada ke benda senang dalam dunia ni? Nak buang air pun kena bayar sekarang. Bila sebut pasal kejuruteraan, selalunya orang kata baca, faham, kira dan hafal kira OK la. Tapi bagi saya tak cukup. Terlalu banyak perkara abstrak yang perlu dikuasai dalam prinsip asas Kejuruteraan Kimia seperti Thermodynamics, Reaction Engineering dan Transport Phenomena. Pengalamannya tidak boleh dirasai. Ia memerlukan imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Bak kata Albert Einstein:

“Imagination is better than knowledge.”

Praktikal dan Fleksibel

Kejuruteraan Kimia boleh dikatakan sebagai bidang yang sangat luas. Ia meliputi Industri minyak dan gas, Kosmetik, Farmasi, makanan, Bioteknologi, Alam Sekitar dan lain-lain. Jangan terkejut andai ketemu jurutera kimia dalam industri semi-konduktor yang biasanya dilihat sebagai industri yang eksklusif untuk jurutera mekanikal ataupun elektrik/elektronik. Malah, saya sendiri sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat semi-konduktor (AMD Penang). Walau bagaimanapun, fokus utama Kejuruteraan Kimia di UTP sebenarnya lebih kepada bidang minyak dan gas.

 Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan
Poster Competition sempena Kaizen Week AMD.

Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia mampu meningkatkan employability seseorang dalam apa jua bidang pilihan mereka. hal ini memandangkan pelajar sememangnya dilatih untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting seperti analisis, rekaan (design), penyelesaian masalah (problem solving), komunikasi, kerja berpasukan (teamwork) dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika kita bertemu mereka yang berkelulusan Kejuruteraan Kimia dalam bidang perakaunan, perguruan, perniagaan, pemasaran dan pertanian. Ia merupakan disiplin ilmu yang sangat praktikal dan fleksibel.

Diharapkan perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar di luar sana dalam membuat keputusan. Di bawah, saya kongsikan juga sedikit fakta menarik yang dipetik daripada blog Beliamuda.

Fakta dan nombor mengenai Jurutera Kimia:

  • Jurutera Kimia  Ahlia Kimia
  • Negara memerlukan Jurutera Kimia sebanyak 29 000 pada tahun 2010
  • Sehingga tahun 2000, hanya ada sekitar 2900 Jurutera Kimia sahaja di Malaysia
  • Hanya ada 10 buah universiti yang menawarkan kejuruteraan kimia, salah satunya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Dianggarkan dalam tahun 2007, hanya ada sekitar 6000 hingga 7000 Jurutera Kimia di Malaysia
  • Hanya 25% sasaran keperluan negara kepada Jurutera Kimia sahaja yang telah dicapai.

Sumber: National Economic Action Council (NEAC), The STAR.

Semoga berjaya insyaAllah. icon wink Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan

 Kejuruteraan Kimia: Bidang Pilihan

Post By FarisMuhandisu (284 Posts)

A Muslim but definitely not a terrorist. A staunch Palestine supporter and strongly believe Israel should never exist on earth. Largely interested in Science & Technology, Religions and Social Media. Graduate of Chemical Engineering from Universiti Teknologi PETRONAS. Engineer by career.

Website: →

Connect

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

145 Comments…

 Share your views
  1. kalau lepas asasi,n result tingggi,cuma muet band 2,layak ke buat degree in chemical engin?

  2. slm..saya nk tanye kalau dari aliran sastera boleh ke kejuruteraan kimia sebab mtpjrn sc baik..saya mohon dri unikl..syarat kelayakan juga saya sudah membacanya..opinion please?

  3. aku pula bidang industrial electronic engineering hehe
    beckhrooy recently posted..Trafik Blog Beckhrooy.Com Januari 2013

  4. salam,kalau kita ambil chemical eng apakah lapangan jurusan ini selain dalam oil and gas?

  5. tumpang bertanya..ape beza kejuruteraan kimia n kejuruteraan kimia (loji proses) ?

  6. Salam,sy suka maths,alhamd sy blh go on subject math dan sy sebenarnya mencari course yg ada kira2 (atleast insya Allah dpt memudahkan dlm proses bljr sesuatu course)Bab menghafal sy susah sikit like Bio.Bidang chem eng bnyk kepada hafalan or need understanding?Besides,kalau x keberatan sy nak tahu lg tntng chem eng.

    Post yg sgt membantu..

  7. ehm ..thank …apa yg ada dlm nie..sgt bgs ..ia memberi sya inpirasi..untuk memilih sma ada kjtraan mekncl or petrokimia mna lbh bgs

  8. Baiklah.Sekarang saya sudah faham.Terima kasih banyak atas makluman. Doakan saya berjaya.Nanti kita boleh JV.

  9. terima kasih..
    tetapi bagaimana pula dgn silibusnya..mungkinkah bioproses kurang belajar fizik kerana ada bio…dalam pengetahuan abang yang mana lebih tough untuk belajar

    • saya dah jelaskan bahawa chemical engineering banyak fokus kepada fizik. sama seperti biomedical engineering, walaupun tertera nama ‘biomedical’. Hakikatnya, banyak teori-teori mekanikal serta elektrik/elektronik yg perlu dikuasai. bioproses tu hny sejenis proses drp ribuan proses yg wujud dlm dunia. Biasanya kena belajar teori basic je utk faham proses. Aplikasinya banyak menggunakan teori-teori mekanikal yg kadang-kadang tiada kaitan pun dengan benda-benda biologi. Sama jugak macam major chem eng yg lain. :)

  10. assalamualaikum…saya hendak bertanya..diantara kejuruteraan kimia pure,dengan kej kimia bioproses..yang mana lebih baik..boleh beritahu apa perbezaannya..dan yang mana yang peluang tawaran kerja lebih tinggi..saya 50-50 untuk ambil kos ini..bagaimanapula dgn pembelajarannya..mungkin kej. kimia pure perlu cover byak perkara lg msa std?

    • waalaikumsalam,

      dari segi asas, sama sahaja. anda akan belajar perkara yang sama. Cuma fokus aplikasi tu berbeza. bioproses mungkin lebih tertumpu kpd proses-proses biologi mana kala chem eng pure lebih luas fokusnya. Peluang kerja lebih kurang sama sahaja.

  11. Terima kasih makluman tersebut.
    Dari pengalaman saudara, bagaimana kursus tersebut ditawarkan? Ramai senior sy tahun lepas yg mohon chemical engineering ditawar petroleum engineering. Adakah petrolieum engineering keutamaan MARA/UTP ataupun mungkin pelajar tersebut tidak mencapai syarat untuk chemical engineering?

    • Syarat kelayakanya sama sahaja. Ia bergantung kepada kuota yang ditetapkan. Ia berubah mengikut kehendak pasaran. Mungkin terlalu ramai memohon chem eng dan tiada yg memohon petroleum eng? Pada zaman saya, ramai yang memohon petroleum eng tapi diberi civil eng. Bergantung kepada kuota :)

  12. Salam, sy memperolehi all A’s trial MRSM baru-baru ini, sy brhasrat mohon UTP (kejuruteraan kimia) dan ekspress UTM Mara (kejuruteraan kimia-gas). Sy berminat dalam bidang kejuruteraan kimia walau kawan2 kata course pilihan Pelajar perempuan. Sy juga memilih Local Univ berbanding O’sea. Sekiranya Mara menawarkan course lain, boleh kah sy membuat rayuan pertukaran ke kejuruteraan kimia? Tq

    • Waalaikumsalam.

      Saya tak tahu dari mana datang rumours tentang ramai pelajar perempuan dalam chemical engineering. Setakat pengalaman saya, dalam bidang ini, di mana-mana pun lebih ramai lelaki disebabkan ‘nature’ kerjaya yang agak lasak. Tapi mungkinlah ia antara kursus kejuruteraan yg menjadi pilihan pelajar perempuan memandangkan persepsi ramai yg menganggap ia lebih kpd perkara-perkara berkaitan kimia berbanding mekanikal/elektrik. Berkenaan nak tukar course tu, setahu saya tak boleh. Tapi boleh je nak cuba dengan hantar surat rasmi kepada MARA dengan alasan-alasan yang kukuh

  13. salam. saya studnt form 5 ( pure science ). Saya minat jgak bidang kejuruteraan ni. Tapi fizik saya down dan saya tak berapa minat fizik. Ingatkan kos ni banyak blaja chem drp fizik, so tak dapatla saya nak minat dengan lebih mendalam kos ni. :( (

    btw, info yang sangat berguna !

  14. Leave a reply on my facebook inbox..trimas

  15. Erm Bro.. Aku mnat kejuruteraan kimia bab aku nak buat minyak wangi sendiri.. Jd ni mksdny aku kna ambik nanotech lam chem.eng kan?
    - lam entry bro da ckap, fizik n chem n ad.math kna kuat..chem aku owes pat credit, fiz aku slalu d hujung tnduk n admath aku mmg terukla…fail hbs! Klo dgn result chem -C , pizik D, admath E,, dpat msuk chem.eng x?
    - aku pelajar spm tahun ni,2012
    - kalo bleh,,blas scpat mgkin

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*

CommentLuv badge

{ 1 Trackback }

  1. Jurutera Kimia VS Ahli Kimia | AL-MUHANDISU.COM (Pingback)

Switch to our mobile site