close button

Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi

{2 Comments}

egtukar Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi

Assalamualaikum wbt.

Permohonan pertukaran guru untuk sesi Januari 2013 telah dibuka sejak 1 September 2012. Pengumuman ini pasti dinanti-nantikan oleh para kakitangan pendidikan, terutama sekali bagi mereka yang telah ditolak permohonannya beberapa kali sebelum ini. Memang sudah diketahui ramai, terutama sekali bagi mereka yang dilahirkan dalam keluarga pendidik seperti saya, bahawa permohonan ini terlalu rumit. Ada sesetengah guru terpaksa menunggu sehingga 10 tahun sebelum dapat kembali ke negeri asal mereka untuk meneruskan kerjaya. Terutamanya, mereka yang memohon untuk bertukar ke negeri-negeri pantai timur.

Lihat sahajalah statistik setakat hari ini, 8 September 2012. Kelantan umpamanya. Permohonan masuk bagi sekolah menengah ialah 972. Sementara permohonan keluar pula hanyalah 20. Manakala bagi sekolah rendah pula, permohonan masuk adalah sebanyak 1202, permohonan keluar pula hanyalah 52. Margin tertinggi setakat ini berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

TukarGuruRendah2copy 1 Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi
Statistik Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Rendah 2013
TukarGuruMenengah2copy Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi
Statistik Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Menengah 2013

Fakta yang menarik apabila difikirkan memandangkan ia agak bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa ramai rakyat Kelantan mahu keluar. Ya, ada benarnya dari satu sisi. Perkembangan ekonomi Kelantan yang diakui agak lembap berbanding negeri-negeri lain memungkinkan hal itu. Namun dari satu sisi lain, ada potensi besar untuk perkembangan sektor pendidikan di Kelantan dengan sumber tenaga pengajar yang begitu ramai. Perlu dilihat juga dari segi permintaan untuk mewujudkan keseimbangan. Blue Ocean Strategy mungkin? Hehe. Sekadar idea secara rambang icon smile Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi Apa komen guru-guru?

Sumber: e-GTukar

 Permohonan Pertukaran Guru Masuk ke Kelantan Tertinggi

Post By FarisMuhandisu (284 Posts)

A Muslim but definitely not a terrorist. A staunch Palestine supporter and strongly believe Israel should never exist on earth. Largely interested in Science & Technology, Religions and Social Media. Graduate of Chemical Engineering from Universiti Teknologi PETRONAS. Engineer by career.

Website: →

Connect

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Comments…

 Share your views
  1. nape statistik utk skolah rendah n menengah same jek?

Leave a Comment

Your email address will not be published.

*

CommentLuv badge

Switch to our mobile site