close button

Tags: PKR

Keputusan Penamaan Calon PRU 13

{7 Comments}

penamaan calon

Assalamualaikum wbt. Keputusan penamaan calon PRU 13 telah diketahui sekitar pukul 12 tengahari tadi. Proses penamaan bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi di 22 pusat penamaan calon di seluruh negara. Sebelum itu, Barisan Nasional dan juga Pakatan PAS-PKR-DAP telah mengumumkan calon-calon mereka terlebih dahulu dalam rangka untuk memperkenalkan calon-calon dengan lebih awal.

Teruskan Membaca....

Sapere Aude

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Akhir-akhir ini semakin hangat dibicarakan tentang relevansi Himpunan Aman BERSIH 2.0 dijalankan. Polemik dalam isu ini semakin panas dengan wujudnya pelbagai pendapat daripada pelbagai pihak sama ada menghalalkan atau mengharamkannya. Forum dan diskusi ilmiah diatur untuk membincangkan permasalahan ini.

Teruskan Membaca....

Analisis Ringkas PRN Sarawak 2011

{2 Comments}

Assalamualaikum wbt. Pilihanraya Umum Negeri Sarawak telah menutup tirainya dengan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. Dalam kempen pilihanraya yang dicemari pelbagai kontroversi seperti pengedaran video seks dan pembongkaran penyelewengan Tan Sri Taib Mahmud, BN masih lagi mampu memenangi lebih 2/3 kerusi DUN Sarawak buat penggal ke-10. BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Teruskan Membaca....

Sorotan 2010: Kronologi Detik Politik Negara

{8 Comments}

Assalamualaikum wbt. Bagi membuka tirai 2011, sangat menarik untuk kita perhatikan kembali kronologi politik Malaysia sepanjang tahun 2010. Andai dikaji dengan mendalam, banyak senario menarik politik negara pada tahun lepas yang bakal mencorak paten politik baru pada masa hadapan. Antara yang paling ketara ialah penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai salah satu sayap penting dalam PAS, lompatan ‘katak’ beberapa ahli parlimen, penggantungan Ketua Pembangkang dari Parlimen selama 6 bulan, pemilihan pimpinan PKR dan sebagainya.

Teruskan Membaca....

Sekilas Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi (P185)

{0 Comments}

Assalamualaikum wbt. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff telah mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya Parlimen Batu Sapi pada pagi tadi. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini dan diumumkan dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. Ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Galas. Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010 Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010

Teruskan Membaca....

Utusan VS UTP: Sensasi bukan Isi

{7 Comments}

Assalamualaikum wbt. Saya dah lupa bila kali terakhir menyelak akhbar Utusan Malaysia. Mungkin tak pernah? Entahlah. Akhbar ini dikatakan akhbar pilihan ramai terutama sekali orang Melayu. Saya pun Melayu (Bak kata Dato’ Zaid Ibrahim) tapi tak tahulah pulak tentang benda ni memandangkan ibu bapa saya sendiri tak pernah membeli Utusan. Kalau disemak surat khabar lama yang berbakul-bakul di rumah tu, nescaya tiada sehelai pun akhbar ini.

Teruskan Membaca....

Seputar Pemilihan Kepimpinan PKR 2010

{1 Comment}

Assalamualaikum wbt. Bahang pemilihan kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan berlangsung November ini semakin hangat terasa. PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan, semua cabang itu aktif. Ini terbukti apabila semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR. Itu satu perkembangan yang amat positif bagi sebuah parti politik baru yang selama ini dianggap hanya melukut di tepi gantang semata-mata.

Teruskan Membaca....

Switch to our mobile site